Zue.



ABOUT LINKS TAG
about


A year from now I'm just stressing about everything that won't mean shit. And there's no remedy for memory.


Puasa and raya. // Friday, 14 August 2015
02:19
                                sis tak pandai lah nak suwek suwek ni hihu

Assalamualaikum and hi.

Tudia, setelah sekian lama tak hupdate haha (dah nak habis raya baru kau nak update kan ika, senonoh sangat perangai) eh eh cam takde kene mengena haha ok macam mana puasa korang? raya? aku cam biasalah, gini je. Time puasa pun takde perubahan, still gemok.

ok masa last sekolah time puasa tu, malamnya aku dah gerak pining. kau tau tau jelah aku cemana an, paling menggelupur kot nak balik utara ni haha, mak abah dah suruh packing packing barang, aku banyak bawak jubah dengan baju kemeja kotak kotak je plus aku pergi sana pun 5hari je. dah packing semua tu, malam baru gerak. ayah aku ni jenis kalau nak berjalan jauh, dia lagi suka takde kereta kat highway maksud aku jalan tak jem, ko bayangkan, pukul 12 malam baru gerak hm takpelah abah, kiteorang faham :') aku kalau dah dalam kereta memang dengar lagu jelah

pastu esoknya dalam tengahari jugak sampai then terus check in hotel, hotel first kiteorang check in paling best, srs taktipu, sbab abah beli bilik yg ada dua, cane ek nak terangkan, dia cam boleh tembus bilik sebelah, abah dapat masuk bilik aku, aku dapat masuk bilik abah, sebab kat tengah tengah tu ada pintu au, aku tidur satu bilik ngn mak, abah tidur ngn along (abang aku) paling  tak menahan dia punya tandas lel sangat tau, tandas dia jenis kaca, dia cam orang luar boleh nampak kau, kau boleh nampak orang luar, so bila nak mandi mak ayah abang kau kene acah acah tidur takpun tutup muka ngn bantal sampai lemas haha tapi takde ah mandi bogel bogel cemtu, kau gila! nanti balik pintu tu ada tirai au, so kau tutup ah guna tirai tu haha (complicated betul) oh mase ni kiteorang baru kat taiping au belum masuk pining lagi, so kau takyah nak pikir ni kat pining eh

esoknya kiteorang check out, sekejap je. huwaa akan kurindu tandas yg unik lagi ajaib haha ok lepas dah check out tu abah cam biasa ah mesti nak jumpa akak sulung dia aka makcik sedara aku. aku panggil dia mak caq, 'mak caq' ni dia cam 'mak long' lah kalau ikut bahasa johor. ok sambung, masatu pun kiteorang singgah kedai dia je, kebetulan mak caq aku penjual baju, dia ada kedai sendiri, mak aku borak borak ngn mak caq, abah ngn along pegi laundry yg layan diri tu, katanye nak basuh baju sikit, entahlah. aku sorang kat depan cermin selfie, gambo gambo tu semua aku send kat aisyah, so aisyah sorang je tau kahkah aiyah mesti rasa cam ' eh hanat tol kawan aku ni' sorry odah, aku tak menahan tengok cermin xD

lepas dah jenguk mak caq, kiteorang terus masuk pining, then check in hotel yg kedua wihuu! hotel kedua ni tak best sikit sebab tandas dia tak ajaib macam tandas hotel yg first pastu kiteorang dapat bilik kat bawah, kau paham ak? dia cam takyah naik lift ke tangga ke takde srs takde, so bila dapat bilik bawah ni cam takde feel kau tau, macam masuk bilik rumah kau sendiri je, pastu bilik dia besaq gila dan membuatkan aircond lambat memberi tindak balas (sedih jemah) memasing lepak an tido je keje, pastu petang dah keluar dah nak cari makan maklmlah last puasa. tapi sebelum gi buka tu abah singgah jap kubur arwah mak ayah dia. oh ya aku tak panggil arwah atuk nenek aku dengan gelaran atukke opah ke takde takde aku panggil tok teh ngn tok ya. sbb arwah tok teh (nenek) aku nama dia puteh so terjadi lah tok teh, arwah tok ya lak (atuk) aku nama dia zakaria so terjadilah tok ya hihi tengah bersihkan kubur tu, paklang aku datang, bawak cangkul, yaAllah kebetulan betul, dah niat nak singgah kejap jadi lama dah, berbual je.

pastu malam tu lepas berbuka, singgahlah rumah paklang, sambung balik berbual hik. aku berbual ngn adah jelah (sepupu aku) yaAllah boleh tahan sekarang mulut dia potpetpotpet hehe takpe aku suka :') pastu esoknya raya pertama aku pakai jubah hitam yg biasa je huwa faktor utama aku taknak pakai jubah baru sebab hujung kain dia ngamngam je tau so aku takut kalau pakai kasut heels aku yg takberapa nak tinggi tu takut dia cam terangkat, aku dahlah tak gemar, kalau nak pakai ngn kasut cam kelakar au sebab jubah tu cam sweet sikit, dia kaler pink pastu ade tali boleh ikat kat belakang, takkan lah ko nak pakai ngn kasut. peh hipstur noh. so aku decide first raya pakai jubah hitam je dgn bawal crepe (ehem masa ni belum pakai tudung labuh lagi ._.) pastu dah prumprang prumprang ambik gamba semua, terus balik huwaaaaaa oh gamba aku malas nak upload, mohon singgah je insta aku. tapi gamba tak banyak ah hehe

tapi belum balik johor lagi, balik hotel je kahkahkah mase ni dah kat hotel yg ketiga, still besar and aircond tak rasa sangat (banyak songeh lah ko, blah hengko!)

dahlah act aku bosan senanya nak cite masa kat pining ritu, sebab  takde idea satu hal pastu mase gi pining tu pon banyak dok hotel je. haih

ok kita sambung lak citer lain, ni ha semalam sekolah aku ada buat sambutan hari raya, guess what? kene belajar macam biasa weh, nasib belajar bm je, pastu cikgu yg lain semua suruh buat keje masing masing haha oh kelas aku kene buat sate kauuuu lel kau ada, sate daging lak tu, kelas lain ada yg buat ketupat, rendang, ayam masak merah, kuah lodeh, kuah kacang, sate ayam, macam macam weh.

so disini saya sertakan gamba yg agak annoying malah ajet ajet model xD








 yg belakang tu bukan puakpuak aku ok kang ada yg tercari cari abam abam ni kat gambar yg seterusnya
 ni azza, owner flower crown yg aku pakai tu, dari ke bako sate sampai balik aku tak tanggal tanggalkan ok crown tu, jakun, baru first time pakai kateko sampai tertanggal ha satu bunga kat atas.tertanggal aku taktau ah tercampak mana. kau takyah nak zoom zoom sangat eh gambo aku, konon nak tengok bungan mana yg hilang. kau nampak kat flower crown tu ada yg lopong lopong tu ha yelah tu huhu
 ni hah dak yg amik gambar aku, candid ke tak candid ke, kau tengah cangkung ke, bercakap ke, tengah angkat ketiak ke semua dia amik. best weh lain kali kalau ada pape event, camera bagikat dia je, semua gamba ko dia amik, cun, meletups malah terbabomz dotz comz. muah ciked

ni nama dia phoon mun chung, classmate aku yg pandai, handsome lagi tergoda. haha kau nampak ak tangan aku cam taksabo sabo nak menikah ngn dia (ceh gurau je) semua menggeleupor ok nampak phoon pakai baju melayu, termasuk aku tapi time ni aku cover macho ok taknak nampakkan sangat kesawan-an dia tu haha ni kalau aku upload kat wechat mahu semua perempuan dipelosok sekolah aku, bash aku kahkah

ok ok dah, aku dah malas nak taip. so ni je kot.

bye and assalamualaikum (peace).