Penghijrahan. // Saturday, 15 August 2015
|
02:09 |
asal pakai tudung labuh ni? dah macam makcik-makcik aku tengok! Assalamualaikum and hi. Aik semalam baru je update, harini update lagi. Alaa takboleh ke update bebanyak haha ok nampak tajuk kat atas tu? nampak kan, so here we go Aku paling pantang tau kalau ada certain laki yg tak hormat langsung perempuan, macam dia kutuk kutuk perempuan tu pakai tudung labuh-labuh yg konon macam makcik kutip kerang tepi pantailah, macam mak kawan kau yg sebelah rumahlah, macam makcik yg dok kehulur kehilir jual karipap lah. hello! yg macam makcik ni lah nanti mana tau jodoh kau. padan muka. Cop! aku cam dah lari tajuk Act aku nak story sikit pasal penghijrahan but not totally abt penghijrahan. yeah aku newbie ok bab bab ni, entahlah mase first rasa cam annoying lak nak share tapi bila fikir balik kenapa perlu rasa annoying, ni kan diri kita (gitew) haha Aku taktahu nak mula dari mana. Ok act aku baru nak berjinak jinak pakai tudung labuh tau tapi bukan niqab bukan purdah bukan bukan jauh sangat tu, aku baru start nak kumpul stokin, baru start nak kumpul handsock, baru start nak kumpul tudung bawal yg bidang 60 or 50 something like that, alhamdulillah aku memang dibesarkan dengan mak ayah yg pentingkan agama, dari kecik lagi aku dah start pakai tudung tapi kat sekolah jelah, kat luar tak (mari berhuhuhu) dulu aku tadika pasti and yeah wajib bertudung, kalau kau taknak pakai, kau suruh mak ayah kau hantar kat tadika nuri. ok sambung, sekolah rendah pun sama alhamdulillah dari darjah satu sampai darjah 6 memang full berhijab, everyday ok EVERDAY. em nak dengar cerita sedih tak? pernah sekali masa darjah 1, masatu ada sukan (pj) kiteorang semua kene pakai baju sekolah dulu, lepas rehat baru tukar baju pj kat tandas, selalunya mak akan siapkan tudung yg selapis, kau tinggal sarung je, takyah nak bentuk bentukkan kau punya awning semua, oh ya aku takpandai pakai tudung 2lapis, kalau pakai pun, mak aku yg pakaikan, so at that time aku berlagak cakap kat mak mak, taknak bawak tudung selapis tu, ika nak pakai je tudung 2lapis ni mak aku balas pandai ke pakai? kang takjadi kang blabla and at the end aku takbawak ok (degil nauzubillah) then masa kat tandas, aku dengan puak puak aku semua bertandang kat tandas nak tukar baju pj, kalau nak tukar baju mesti kene bukak tudung an, aku pun bukak tanpa ragu ragu pastu bila nak pakai balik dia cam lost tau, aku taktau mana depan mana belakang, mana lencana kau, mana awning dia. last last aku takpakai tudung. maka satu hari lepas rehat tu aku bersukan tanpa berhijab :'( nasib jelah darjah 1 masatu ni kisah sedih kedua huhu masa darjah 6 kan aku dah baligh au pastu mak aku dah mula suruh aku pakai stokin. masa tu aku rasa cam " HAAAA ! " pastu dipaksa pakai stokin kalau nak keluar, paling takleh terima hakikat tu bila nak pergi tuisyen belakang rumah pun kena pakai stokin, bengang kau tau tak. yelah dulukan mana trend pakai stokin (halahh sekarang pun tak trend gak lel) plus aku ni dahlah jenis yg kalau aku kena pakai stokin, aku nak semua kena orang dalam pusat tuisyen tu kena pakai, aku takleh pakai sesorang nanti aku rasa janggal, rasa cam iman tak kuat and so on yg plaing tak suka nanti orang pandang atas bawah ingat aku pendatang asing. hm iteww tak kuadd awaa :'( pastu aku dah start menipu, kalau mak aku hantar aku pergi tuisyen aku pakai stokin tau, tapi bila mak aku dah takde, kat tangga tu cepat cepat aku tanggalkan stokin, time nak balik baru aku pakai balik. jahatkan aku hm :( form1, form2 pun sama, still degil taknak terima hakikat. dah masuk form3 baru aku selesa kan diri sampailah sekarang form 4. alhamdulillah :') the end-- sekolah menengah pulak alhamdulillah lah sepenuhnya berhijab cumanya tudung dulu aku suka beli size m, yg singkat sikit dan bila kau pusingkan kepala dia boleh nampak bahu kau, maksud aku cam dia sipi sipi lagi nak nampak leher pastu belakang pun singkat, kalau kau pakai baju dalam warna hitam, memang cuci mata ah dak laki tapi aku takde sampai tahap camtu sekali, aku pun reti malu gak, form 1 sampai form3 aku suka pakai tudung yg kalau boleh dia tak lebih bahu, kau paham ak? dia cam ngamngam je ngn bahu semua, sebabnya taknak nampak gemok, yelah aku dahlah gemok pastu nak pakai lagi tudung yg lepas bahu, lagi lah nampak lebar je badan aku, tapi tu dulu lah, masa zaman jahiliyah and start form4 aku dah pakai tudung size L, XL pun ada ok. kau jangan memain tapi masa ni pakai yg labuh pun sebab dah segan ah ngn laki, dah besar besar pun takkan nak pakai tudung singkat lagi kot. even time ni tudung labuh sikit je pun perangai still cam hanat gak, tak caya tanya aisyah. hahaha xD still menggedik ngn laki, suka laki tu, suka laki ni, crush kat laki tu, crush kat laki ni (argh cam bodoh lah dulu) tapi sekarang alhamdulillah, hanya disebabkan 4 orang akak datang sekolah aku bagi ceramah, masa tu tajuk dia "kerana dikau bidadari syurga" (ha gitew) masa akak akak ni cerita pasal masa lampau dorang memang gelak gelak jugak tapi dalam hati rasa cam kau taknak berubah ke ika? akak akak ni lawa je pakai tudung labuh, sopan tak macam aku, gangster, terkinja, lagi gedik. hur! pastu start dari situ aku dah mula keluar rumah cam nak gi tesco ke, gi open house ke, aku banyak pakai jubah plus ngn shawl labuh yg bidang berapa ntah taktau (kau google sendiri bab bidang bidang ni, aku tak amik port)oh ya sekarang pun aku tengah kumpul jubah hihu separuh dari duit raya aku habis beli jubah ngn tudung. tudung bawal bidang 60 aku beli 4helai, shawl crepe labuh aku beli 5 helai (tamak! blah engko ._.), jubah aku beli 3 (jubah beli sikit je, mahal ok aku tak mampu) and kebenyakkan jubah aku gayakan dengan kasut huhu bukan sebab nak nampak hipstur ke suwek ke hijabsista ke takde eh. aku pakai kasut pun sebab dia cam kalau kau kene kejar anjing or binatang buas (cliche sangatkan) kau cam senang nak langkah 1000 ok plus kau pakai jubah or skirt labuh then kau pakai kasut lak tu, ha apelagi lari ah kau, nak bersilat pun boleh, takde sape marah. tapi kalau pakai heels ngn jubah, aku macam tak gemar au sebab dia boleh buat jubah kau terangkat srs kelako, kau boleh google taip lah "muslimah clothing" ke whatever and kau tengok dorang mesti posing dengan jubah plus kasut tinggi dorang, kau tengok ah ape jadi dengan jubah dia, senteng ok SENTENG! taksuka taksuka hurhur tapikan korang kalau kau rasa cam nak berubah ataupun macam dah terdetik hati tu nak pakai tudung labuh ke, berpurdah ke, niqab, or baju yg longgar longgar ke just continue with it jangan tangguh, tu maknanya Allah dah ketuk pintu hati korang. first time aku cakap kat kau memang segan sikit sebab kau akan dapat banyak kritikan and pandangan cam eh sejak bila kau pakai tudung labuh labuh ni? lol kau serious ke nak keluar dengan baju macam khemah bergerak ni kau buat dunno je, lama lama diorang dah penat diorang senyaplah. aku pun kena gak dengan classsmate aku sendiri lak tu and yes dia lelaki, masatu sambutan hari raya, seperti entry aku yg baru baru ni, masatu tengah teman kawan aku gi tandas nak betulkan tudung katanya, pastu bila kiteorang masuk kelas balik tengok tengok budak perempuan kelas kau semua dah takde yg tinggal budak laki ngn perempuan non muslim pastu bila tanya budak india kelas aku, tanya dorang semua gi mana, pastu dorang kata budak budak perempuan semua dah turun tolong cikgu bako sate, pastu handle sate like that lah, aku bertenggek lagi kat koridor survey dak dak yg kat bawah sebab nak cari dorang kot kot lah dorang tengah jalan ke kan pastu kawan aku dah amik beg dia, aku pikirkan dia tolong amik beg aku sekali (hur haramm takguna kau makngauu) time aku masuk tu kawan aku tu pulak bertenggek kat koridor so mengakibatkan aku masuk kelas sesorang, tengah nak amik beg tu, aku dengar suara yg berapi api dibelakang (ha kau ayat takleh bla) ada dak laki kelas aku cakap mak! mak! eh salah, ingatkan mak hahahahahahahahaha yolah asal yg tudung labuh je kene label MAK, MAKCIK, PAKCIK, AHJUMMA, ABEOJI, AJINOMOTO dan lainlain. masa ni aku rasa cam nak jentik sekor sekor jerawat kat muka dia. cis! tapi aku sabor jelah time tu haih (frust tau sis mase ni) :'( end up kau boleh terima semua ni slow slow. Bak kata kok ping pelan pelan kayuh wuhuu fighting, semua orang akan kembali pada fitrah. trust me cuma lambat atau cepat je depends pada pendirian korang. nanti masatu kau akan nampak dari yg tudung singkat dah mula start pakai tudung labuh, dari yg pakai baju ketat ketat dah mula pakai baju longgar longgar, dari yg tak pernah solat, dah mula start belajar solat. semua benda ni take times. Istiqomah tu yg penting, kalau kau tak istiqomah, percaya ah esok mesti kau pakai tudung singkat balik. jangan berubah mendadak takut lain yg jadi, macam yg aku cakap pelan pelan ubah. In Sha Allah menjadi. nawaitu pun kene betul, kalau setakat pakai sebab nak ikut trend memang dah terpesong, tapi trend yg aku nampak sekarang ni, perempuan perempuan yg berhijab dah mula tunjuk jambul, dahi jendul, malah makan cendol atas bonggol (pebenda ni ika xD) lek lek punchline je tu haha and yg paling aku takleh terima trend sekarang ni, pakai shawl yg just lilit leher, kau tau tak? ke aku sorang je yg baru nampak trend ni like srsly annoying, shawl dia cemane aku nak explain ek, okay dia cam biasa sebelah pendek sebelang panjang and then yg panjang tu kau lilit and bawak ke tempat yg sama jugak, so dia jadi cam ade dua juntai kat depan, belakang aku cakap kat kau, pendek gila. haih betul lah cakap cikgu aku, kita sekarang ni macam dah berbalik pada zaman dulu dulu, zaman jahiliyah. Allahu, apa lah agaknya perasaan nabi kalau dia tahu umat dia sekarang tengah nazak, tu belum masuk bab kaki bab tak pakai handsock bab seluar ketat gila bapak. Arghhh (tetiba mengamuk..) sekarang ni pun dah trend pakai tudung yg macam aku terangkan kat atas tadi dengan baju lengan panjang pastu pakai skinny jeans yg memang ikut bentuk kaki gila and the pakai kasut airmax, nike, adidas lantak dialah, dan dorang takpakai stokin aku rasa ataupun stokin pendek sebab kalau ada yg perasan, seluar skinny jeans dia tu dia cam saje singkatkan and sengaja pakai stokin pendek maybe sebab nak nampakkan buku lali. Allahuakbar.. :'( mohon lah tu aurat kot wahai kaum hawa ku yg comel lagi menawan. doakan jelah dorang berubah. Aminnn~ oh yaa aku pun bukan muslimah malah niqabis, cuma masih dalam proses untuk kembali kepada fitrah. In Sha Allah. Doakan ana (euw bajet bajet~) haha ok tu sahaja |
Puasa and raya. // Friday, 14 August 2015
|
02:19 |
sis tak pandai lah nak suwek suwek ni hihu Assalamualaikum and hi. Tudia, setelah sekian lama tak hupdate haha (dah nak habis raya baru kau nak update kan ika, senonoh sangat perangai) eh eh cam takde kene mengena haha ok macam mana puasa korang? raya? aku cam biasalah, gini je. Time puasa pun takde perubahan, still gemok. ok masa last sekolah time puasa tu, malamnya aku dah gerak pining. kau tau tau jelah aku cemana an, paling menggelupur kot nak balik utara ni haha, mak abah dah suruh packing packing barang, aku banyak bawak jubah dengan baju kemeja kotak kotak je plus aku pergi sana pun 5hari je. dah packing semua tu, malam baru gerak. ayah aku ni jenis kalau nak berjalan jauh, dia lagi suka takde kereta kat highway maksud aku jalan tak jem, ko bayangkan, pukul 12 malam baru gerak hm takpelah abah, kiteorang faham :') aku kalau dah dalam kereta memang dengar lagu jelah pastu esoknya dalam tengahari jugak sampai then terus check in hotel, hotel first kiteorang check in paling best, srs taktipu, sbab abah beli bilik yg ada dua, cane ek nak terangkan, dia cam boleh tembus bilik sebelah, abah dapat masuk bilik aku, aku dapat masuk bilik abah, sebab kat tengah tengah tu ada pintu au, aku tidur satu bilik ngn mak, abah tidur ngn along (abang aku) paling tak menahan dia punya tandas lel sangat tau, tandas dia jenis kaca, dia cam orang luar boleh nampak kau, kau boleh nampak orang luar, so bila nak mandi mak ayah abang kau kene acah acah tidur takpun tutup muka ngn bantal sampai lemas haha tapi takde ah mandi bogel bogel cemtu, kau gila! nanti balik pintu tu ada tirai au, so kau tutup ah guna tirai tu haha (complicated betul) oh mase ni kiteorang baru kat taiping au belum masuk pining lagi, so kau takyah nak pikir ni kat pining eh esoknya kiteorang check out, sekejap je. huwaa akan kurindu tandas yg unik lagi ajaib haha ok lepas dah check out tu abah cam biasa ah mesti nak jumpa akak sulung dia aka makcik sedara aku. aku panggil dia mak caq, 'mak caq' ni dia cam 'mak long' lah kalau ikut bahasa johor. ok sambung, masatu pun kiteorang singgah kedai dia je, kebetulan mak caq aku penjual baju, dia ada kedai sendiri, mak aku borak borak ngn mak caq, abah ngn along pegi laundry yg layan diri tu, katanye nak basuh baju sikit, entahlah. aku sorang kat depan cermin selfie, gambo gambo tu semua aku send kat aisyah, so aisyah sorang je tau kahkah aiyah mesti rasa cam ' eh hanat tol kawan aku ni' sorry odah, aku tak menahan tengok cermin xD lepas dah jenguk mak caq, kiteorang terus masuk pining, then check in hotel yg kedua wihuu! hotel kedua ni tak best sikit sebab tandas dia tak ajaib macam tandas hotel yg first pastu kiteorang dapat bilik kat bawah, kau paham ak? dia cam takyah naik lift ke tangga ke takde srs takde, so bila dapat bilik bawah ni cam takde feel kau tau, macam masuk bilik rumah kau sendiri je, pastu bilik dia besaq gila dan membuatkan aircond lambat memberi tindak balas (sedih jemah) memasing lepak an tido je keje, pastu petang dah keluar dah nak cari makan maklmlah last puasa. tapi sebelum gi buka tu abah singgah jap kubur arwah mak ayah dia. oh ya aku tak panggil arwah atuk nenek aku dengan gelaran atukke opah ke takde takde aku panggil tok teh ngn tok ya. sbb arwah tok teh (nenek) aku nama dia puteh so terjadi lah tok teh, arwah tok ya lak (atuk) aku nama dia zakaria so terjadilah tok ya hihi tengah bersihkan kubur tu, paklang aku datang, bawak cangkul, yaAllah kebetulan betul, dah niat nak singgah kejap jadi lama dah, berbual je. pastu malam tu lepas berbuka, singgahlah rumah paklang, sambung balik berbual hik. aku berbual ngn adah jelah (sepupu aku) yaAllah boleh tahan sekarang mulut dia potpetpotpet hehe takpe aku suka :') pastu esoknya raya pertama aku pakai jubah hitam yg biasa je huwa faktor utama aku taknak pakai jubah baru sebab hujung kain dia ngamngam je tau so aku takut kalau pakai kasut heels aku yg takberapa nak tinggi tu takut dia cam terangkat, aku dahlah tak gemar, kalau nak pakai ngn kasut cam kelakar au sebab jubah tu cam sweet sikit, dia kaler pink pastu ade tali boleh ikat kat belakang, takkan lah ko nak pakai ngn kasut. peh hipstur noh. so aku decide first raya pakai jubah hitam je dgn bawal crepe (ehem masa ni belum pakai tudung labuh lagi ._.) pastu dah prumprang prumprang ambik gamba semua, terus balik huwaaaaaa oh gamba aku malas nak upload, mohon singgah je insta aku. tapi gamba tak banyak ah hehe tapi belum balik johor lagi, balik hotel je kahkahkah mase ni dah kat hotel yg ketiga, still besar and aircond tak rasa sangat (banyak songeh lah ko, blah hengko!) dahlah act aku bosan senanya nak cite masa kat pining ritu, sebab takde idea satu hal pastu mase gi pining tu pon banyak dok hotel je. haih ok kita sambung lak citer lain, ni ha semalam sekolah aku ada buat sambutan hari raya, guess what? kene belajar macam biasa weh, nasib belajar bm je, pastu cikgu yg lain semua suruh buat keje masing masing haha oh kelas aku kene buat sate kauuuu lel kau ada, sate daging lak tu, kelas lain ada yg buat ketupat, rendang, ayam masak merah, kuah lodeh, kuah kacang, sate ayam, macam macam weh. so disini saya sertakan gamba yg agak annoying malah ajet ajet model xD ni azza, owner flower crown yg aku pakai tu, dari ke bako sate sampai balik aku tak tanggal tanggalkan ok crown tu, jakun, baru first time pakai kateko sampai tertanggal ha satu bunga kat atas.tertanggal aku taktau ah tercampak mana. kau takyah nak zoom zoom sangat eh gambo aku, konon nak tengok bungan mana yg hilang. kau nampak kat flower crown tu ada yg lopong lopong tu ha yelah tu huhu ni hah dak yg amik gambar aku, candid ke tak candid ke, kau tengah cangkung ke, bercakap ke, tengah angkat ketiak ke semua dia amik. best weh lain kali kalau ada pape event, camera bagikat dia je, semua gamba ko dia amik, cun, meletups malah terbabomz dotz comz. muah ciked
ni nama dia phoon mun chung, classmate aku yg pandai, handsome lagi tergoda. haha kau nampak ak tangan aku cam taksabo sabo nak menikah ngn dia (ceh gurau je) semua menggeleupor ok nampak phoon pakai baju melayu, termasuk aku tapi time ni aku cover macho ok taknak nampakkan sangat kesawan-an dia tu haha ni kalau aku upload kat wechat mahu semua perempuan dipelosok sekolah aku, bash aku kahkah
ok ok dah, aku dah malas nak taip. so ni je kot.
bye and assalamualaikum (peace).
|

















Older entries