Exam mid-year plus kisah silam // Tuesday, 2 June 2015
|
19:38 |
first time tau aku amik exam sampai dah nak sebulan assalamualaikum and hi. aku tak pernah rasa amik exam sampai sebulan, streess tau otak aku, takde lah sebulan tapi dah nak dekat sebulan macam 3minggu gitu, saje je cakap sebulan, nampak sedap sikit nak baca *kepala bana kau ika* okay form4 ni aku pikir dapat honeymonn sikit la, sikit je tak banyak. tapi.. hancur punah ranap segala jiwa raga pankreas pituitari adrenal hakuu T_T cikgu cikgu aku ramai dok cakap ada rombak kelas, kau dapat rasakan an perasaan budak kalau cikgu kita sendiri cakap ada rombak kelas and member member kelas kau pun cam riuh jakun tertelan tulang ikan pun ada, tak lah tu tambah je haha. huwaaa jap aku macam dah langkah cerita mase form3 dulu aku exam seminggu je. menarik kan? ni naik form4 huih lap peluh terus aku, nasib aku amik sastera huhu aku kira kira buat pecahan peratus bentuk piawai persamaan kuadratik semua dalam 3 minggu gak ah kiteorang exam, serious aku orang paling jakun dalam kelas ritu " weh serious ke ni jadual pekse? " " lama noh sebulan kot kite pekse " " taknak ah aku nak cutiiiii !!! " " ape ni ape ni " melalak aku tau, yg kawan aku sorang tu selambe je " TAH MAKNGAUUU " eee kang kau aku ngau dulu kang, tapi lepas dah tengok jadual pekse tu hari first dah sejarah paper3 so aku macam yakin yg aku boleh buat sebab tinggal copy je dalam buku teks an, aku punyalah belagak tu tak baca buku tak ulangkaji tak practise tak apa tak semua tak. tak faham aku, esok dalam exam, aku salin semua tau satu teks, kalau teks tu ada 3 muka surat ha aku salin 3 muka surat tu. bengap bin ajaib kan aku, dah cikgu aku pun cakap " awak, kalau salin semua, automatik saya tanda bagi full mark " aku pun dengan bahlol bonggolnya ikut jelah, kau bayangkan, ada 3 soalan yg kene tiru buku teks, so kalau 3 3 soalan tu semua dah nak 3 4 muka surat, apa? kau pikir tak angin badan aku? masa bagi 3 jam je, lahanat. aku gigih tau menyalin tak pandang kiri kanan depan belakang, pusing 360 darjah pun taknak tau time tu, pastu dah siap menyalin bagai nak rak tu, aku tengok jam ada lagi 15 minit, besbol dia lah, nombor 4 sampai 9 tak sentuh lagi. aku cukup sabo masatu, aku tarik nafas, argh takde masa aku ah nak tarik tarik nafas time tu, drama betul. dengan 15 minit yg tak berapa nak cukup tu aku mengembleng sepenuh tenaga dan kudrat salin jugak. and tenene masa habis. nak nak lagi masatu aku duduk depan sekali, memang betul depan dinding, memang aku nak hempuk hempuk kepala kat dinding time tu, 9 soalan yg jawab cuma 4 soalan sahaja. baiklah, saya redha. bila aku tanya kawan aku " kau sempat salin sampai no berapa " gigih tau aku tanya. aku mengharap semua sempat salin sampai no4 je so aku ada geng. tanya punya tanya, guess what? " aku buat sampai no9 " " aku pun, sempat buat semua " " aku sempat buat sampai no8 je. no 9 taksempat " WTH rasa macam nak lari setempat masatu then try tanya budak yg tahmakngauu tu, dia senasib ngn aku, sempat sampai no4 je, yahueww nampak tak jodoh? hahahaha okaylah ada jugak geng kalau tak mati aku. yg budak budak bakal dapat markah banyak sej paper 3 tu bila aku tanya patutlah semua dapat jawab sampai habis rupanya diorang salin skip skip, pahe dok kawe ngoyak ni? means kalau kene salin 3 muka surat, diorang salin 1 muka surat je. keji kan? aku pasrah gila haih okay subjek lain semua cam biasa je alhamdulillah dapat jawab semua, kalau ada yg kosong tu memang aku sengaja tinggalkan kosong hahahaha meniru? ya aku ada meniru. jujur bukan? ehehe act aku tukar tempat aku taknak duduk depan dinding serious takde life, so aku pun tukar duduk sebelah tingkap ha baru menarik. depan aku pulak budak india, ha cantik ah tu, harik hari aku tarik rambut dia kahkah. lahanat kan perangai? halah dia pun sama je lahanat tarik tudung aku, takguna. haha takde ah banyak aku meniru tu, sains je ah. time nak buat prosedur tu sumpah aku tak hafal pastu aku macam " takkan nak biar kosong, markah banyak woi " aku pun dengan gigih nya psst psst si pavitra bukan budak india depan aku tapi depan aku sebelah kiri dia. takpaham lantak kau, gigih aku buat gaya panggil dia tolak kerusi kawan dia kuak rentang semua aku buat haha and dia pandang aku yay, berkat bersabo *jubo dia lah bersabo, sabo nak meniru* aku pun teruskan misi (macam fear factor lak) aku tunjuk ah kertas sekian sekian pastu dia bagi jawapan, rasa cam perut lapo tadi terus kenyang, haha berghonok ghonok tau aku kat tepi tingkap tu. tapi bila pikir balik, taik jugak perangai. takde usaha nak berjaya tau muka aku. halah biaq pi lah, macam kau tak penah buat. yelah yelah janji takbuat lagi. memang kepala otak aku pikir nak cuti je dok and bila dah cuti ha rasakan kene potong lada kering aku kat umah. cis em nak tukar topik sikit boleh? sikit je takbanyak. em korang mesti pernah ada crush an. ha ni ex crush aku tegur kat fb DIA TEGURRRR DIA TEGUR AKU OKAY TAK TIPU NI kau bayangkan since dari darjah 6 aku minat dia. ye kiteorang sekelas. haa kau kecik kecik dah miang. tapi aku ni cam nak suka dia je, cuma suka takde niat nak kahwin ke apa ke just NAK SUKA SAMPAI BILA BILA. aku ni kalau suka memang aku suka betul betul, selalu ah jugak stalk dia, dia gi sekolah naik basikal and kelas aku ni belakang dia tempat letak basikal macam bangsal lah, eh yeke bangsal ah lantak ah yg penting bukan bangsat. ye kelas aku bawah sekali takyah naik naik tangga. aku ngn dakdak kelas aku memang kalau dah sampai sekolah kiteorang suka lepak lepak dalam kelas, sebelum beratur kat perhimpunan, and aku hari hari tunggu dia ni datang, memang mengharap gila, kejap kejap pandang tingkap, haha basikal dia warne purple, ha kau ingat lagi kau jahhh pastu dulu aku ni jenis nak suka sesorang tau, taknak bagitau kawan taknak bagitau sesapa, bestfriend sendiri pun kau taknak bagitau. segan. lels then time rehat dulu ingat lagi aku masuk kelas pastu aku memang dah nawaitu awal awal aku nak selongkar beg dia. berani kan? tapi terbatal last last minit sebab aku ternampak ada buku catatan bawah meja dia, kecik je, aku baca ah first page taksilap aku, ada no fon dia, apa lagi, kebas ah balik tu aku terus save no dia, ala dulu aku guna fon arwah atuk aku je, yg nokia baling anjing boleh mampos tu pastu kalau nak taip takyah pandang keypad tu pastu kalau vibrate, vibrate dia tu cam ada gempa bumi kecil. henset tu jelah aku pakai dulu, pastu aku dengan takmalunya mesej dia " hi " dalam berapa minit kemudian " hi, sape ni? " " ni syariz** eh? ni aku zulaika, kau tengah buat ape? " " oh takde buat pape, ni ayah syariz**, dia takde kat sini " gulp. kau rasa tak apa aku rasa, aku ber-aku kau dengan ayah dia. ayah dia cool je balas, menggigil tangan aku. pastu aku denga tenang balas " eh saya mintak maaf cik, saya ingat syariz** tadi " " takpe takpe, ni ha no fon syariz** 012-000000000000 " " oh terima kasih cik " rezeki woi dapat no fon dia free free gitu haha tapi kali ni aku tak tegur dah, seramshit okay. nasib ayah dia baik huh *lap peluh* pastu ada satu hari tu, crush aku takdatang sekolah, aku dengan beraninya mesej ayah dia " cik, syariz** takdatang sekolah harini, kenapa ek? " " eh takdatang sekolah? jap eh " dia punya jap tu berabad, malam tu ada no yg aku takkenal call, aku angkat ah alih alih dengar suara perempuan macam mak mak " hello, ni zulaika kawan syariz** ke " " haah, sape ni? " " ni mama dia, betul ke tadi syariz** tak datang sekolah? " " haah " aku dalam hati pun cam " aik anak sendiri pun taktau ke " pastu esoknya kat sekolah aku dengan syariz** kene panggil ngn cikgu, kat dalam kelas tau depan kawan kawna aku, yaAllah, tuhan jelah tau perasaan aku time tu, malu weh tapi kawan kawan kau taktau lagi aku crush kat dia haha pastu cikgu tanya aku " awak eh yg bagitau ayah dia yg dia takdatang semalam? " aku angguk " awak tau tak mak ayah diorang dah bercerai? " geleng kepala (mati aku) " mak ayah diorang ni dah bercerai tau, awak takleh sesuka hati call mesej mak ayah dia " aku angguk " ke awak suka syariz** ?" Ya-Allah serious nak nangis masatu, malu weh. mesti dia dah syak apa apa kat aku. memang muka aku masatu rasa cam nangis serious. yg crush aku tu, berdiri je sebelah cikgu yg cikgu dah tersengih sengih, budak budak kelas aku semua focus je muka. " lain kali jangan buat lagi eh? dah awak berdua boleh duduk " aku senyap je sepanjang belajar hari tu, malu semua takhilang lagi, yg kawan aku semua dah sibuk " kau suka dia ke dok? " " kenapa kau mesej ayah dia " " mana kau dapat no ayah dia " " blablabla " mata aku dah merah dah time tu, yg crush aku pulak dah taknak kawan aku dah tapi aku nekad still nak stalk dia mesej dia pesemua. takmalu kan? ada satu hari tu aku nak mesej dia sebab memang kiteorang dah lama tak bertegur, dia buat muka cool dia, aku pun buat muka takde perasaan padahal dalam hati rindu gila, aku mesej ah " hi " and guess what apa dia balas " BABI, KAU TAKYAH KACAU AKU LAGI BOLEH AK, SEMAK AH ! " aku menangis time tu jugak. pondan! start dari situ aku dah benci gila kat dia serious! aku delete no dia, aku takpandang dia langsung kat kelas, terpandang tu pernah lah sikit haha annoying kau. dah takde nak stalk basikal dia semua.serious semua aku cam apa yg ada kat diri dia, basikal dia kau cam, rambut dia aku cam, muka dia kalau pakai songkok aku cam, jam dia sku cam, beg dia aku cam, kuku dia pun aku cam. kuku dia aku cam sebab kuku dia semua pendek pendek cam malu malu nak tumbuh. lels dan kebetulan lepas upsr dia nak pindah batu pahat, yes peluang untuk aku lupakan semuanya pasal dia. tapi kadang kadang ada jugak ah tenung tempat duduk dia, kosong je. macam dalam drama lak ala lemah~ okay, sambung balik kat atas tadi, dia tegur aku kat fb " hi, ni zulaika ke? " dia muncul lagi haih, buat buat tak kenal lak tu " haah, syariz** kan ?" " ye syariz** ni, dulu awk 6c7 kan ?" Ya-Allah ber-awak awak pulak, aku sekeh kang, dahlah malas aku nak cerita, dia tegur sebab nak tanya khabar je, jangan harap dia tegur sebab rindu bhuahahaha. tengok gambar gambar dia pun dia cam enjoy je with he life, biarlah. pastu scroll sikit feed fb, maklumlah dah lama tak on fb, and HE ON THE SCREEN well, dont worry, no heart feeling at all, totally zero. dia pun dah ada life dia, aku pun dah ada life aku sendiri. so yeah takde dah nak buat kerja gila macam dulu, bila ingat balik memang macam orang takde otak. bolehlah buat stok cerita kat anak cucu nanti. haha benda ni semua taketimes, kalau macam hal aku ni, rabak jugaklah hati, kita punyalah admire kat dia, stalk dia sembunyi sembunyi sampai takde orang tahu langsung. Hebat kan? last last k.o haha aku amik masa lama jugak nak move on, rindu memang rindu tapi aku buat dek jelah. aku fangirling ngn kpop aku, malam malam bukak video kelakar kelakar, stalk kai oppa, zelo oppa, gi kedai ngn kawan kawan, ajak kawan datang umah. aku buat jelah semua tu and ye aku boleh lupakan dia sikit sikit. serious kalau kau rasa nak nangis, kau nangis je, kalau kau rasa nak termenung, kau termenung je, kalau kau rasa kau nak marah, kau marah je. puaskan hati kau, bukan hati orang lain. okay tu jelah kot. asslamulaikum and bye. |





Older entries