Zue.



ABOUT LINKS TAG
about


A year from now I'm just stressing about everything that won't mean shit. And there's no remedy for memory.


plastik. // Friday, 12 September 2014
07:18
                              aku sangat terkesan setelah membaca puisi ini

assalamualaikum.

aku bukanlah penulis atau pemuisi yg hebat seperti mereka diluar sana, tapi aku gemar untuk berpuisi walaupun ayat aku masih tunggang terbalik. ini kisah persahabatan. ya, persahabatan yg dulunya gila gila tika bersama, tapi sekarang, berubah semuanya, tawa riang yg dulu kian pudar, aku tercari cari. oh, mereka dah buang rupanya. tidak mengapa. beri izin untuk aku mula ;;

pernah dulu
aku ramai teman
sentiasa ada di sisi
waktu aku sering gundah
waktu aku menjadi teman
ya, waktu aku ada semua

segala kata
kami kongsi sama
segala cerita
kami rasa bersama

kami buat kerja gila
zaman sekolah, biasalah
kami sering buat apa saja,
bersama sama.

ketawakan orang;
paling suka.

satu hari,
entah bagaimana boleh jadi
saat aku diberi uji
tak seorang yang ada di sisi
aku kira merekalah teman sejati

yang dahulunya,
ketawakan orang bersama
sekarang,
mereka ketawakan aku sendiri.

tika aku tiada siapa di sisi
mereka hanya melihat aku jatuh
wajah tersembap ke tanah
luka berdarah bermandikan air mata
tanpa huluran tangan
membantu aku--
yang dulunya 'kawan'

mereka,
ketawakan aku.

-ceriterajiwa-

ya, ini yg aku rasakan sekarang. perkenalan yg tidak sampai setahun tapi terlalu banyak kenangan manis yg ku sangkakan indah tapi--
segalanya PLASTIK.
perit, perih, pedih tak sapa yg ketahui. aku pasrah
tapi pasrah aku bukan pasrah biasa malah luar biasa. ya, tika nanti aku bangkit dan buat segala macam tak ada apa yg pernah berlaku, dan kau jangan tanya aku kenapa.

ada satu waktu,
tika kaki ku berat untuk melangkah
dadaku sebak menggila
air mata sudah seakan tidak mahu membasah
lidah seakan kelu tak mampu mengungkap kata
sehinggalah meluncur satu-satunya yang tersisa
di hujung lidah
TUHAN--

tuhan sahaja yang mengerti.

assalamualaikum.